mcmc
Kesihatan

Kesihatan

⁉️ Penyakit Pneumokokal merupakan penyakit yang berpunca daripada bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru (pneumonia), jangkitan telinga tengah, jangkitan saraf tunjang dan otak serta jangkitan kuman dalam darah (sepsis).

????Pemberian imunisasi pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun yang berpunca daripada penyakit Pneumokokal. Hal ini seterusnya dapat mengurangkan kos bagi merawat penyakit ini termasuk komplikasinya.

???Selain daripada mendapatkan suntikan vaksinasi, ibubapa dan orang awam perlu menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mencegah jangkitan pneumokokal.