Hai warga Sentosa Jaya!


Jom bincangkan mengenai ‘oversharing’ dan kenapa penting untuk klik dengan bijak dalam dunia digital.

Apa itu Oversharing?
Oversharing bermaksud berkongsi terlalu banyak maklumat peribadi di platform media sosial atau dalam talian yang boleh membahayakan privasi dan keselamatan anda.

Kenapa Perlu Klik dengan Bijak?

Privasi dan Keselamatan: Melindungi maklumat peribadi membantu mencegah risiko keselamatan dan penipuan siber.

Imej Diri dan Profesionalisme: Membina imej diri yang positif dan profesional dengan berkongsi maklumat yang bijak.

Kesedaran Digital: Mengajar kita tentang kesan oversharing dan bagaimana ia dapat mempengaruhi kehidupan kita dalam jangka panjang.

Tips Klik dengan Bijak:

Semak Pengaturan Privasi: Pastikan pengaturan privasi akaun media sosial anda dikonfigurasi dengan betul.

Fikir Sebelum Berkongsi: Tanya diri sendiri, “Adakah maklumat ini perlu dikongsi secara awam?”

Jangan Berkongsi Info Sensitif: Elakkan berkongsi butiran peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah, atau butiran perbankan secara terbuka.

Ingat, Privasi Anda Penting!
Mari kita tingkatkan kesedaran digital bersama-sama dan gunakan platform media sosial dengan bijak.
Berkongsi ilmu dan galakkan komuniti untuk klik dengan bijak!

