Aktiviti PI

Galeri Foto | September 2, 2015

PAMERAN SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA

Pada 5 Mei 2018 berlangsungnya pameran sempena majlis ramah mesra YAB Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Hj Yaakob di Dewan Semai Bakti Felda Kemasul. Pihak PI telah membuka ruang pameran di program tersebut. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak PI. Antaranya game online, kuiz KDB, dan sebagainya.Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan.

  

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI, MY HEALTH DAN USAHAWAN

Pada 10 Mac 2018 berlangsungnya hari bersama komuniti, my health dan usahawan.Program ini telah dirasmikan oleh YH Dato’Sri Johari Bin Harun Pengerusi Eksekutif Gading Group. Program ini melibatkan kepada semua golongan penduduk sekitar pelangai. pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan pada hari tersebut diantaranya sukaneka, pemeriksaan kesihatan, kuiz kahoot, e-waste, mendownload aplikasi dashboard, pertandingan mewarna, pertandingan menghias puding, gubahan bunga dari bahan terbuang dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menarik.Kehadiran pengunjung yang sungguh  menggalakkan pada hari tersebut.

 

 

PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI (September 2017)

9 September 2017 PI Simpang Pelangai telah menganjurkan satu program Dashboard Komuniti. Program tersebut telah melibatkan pelbagai golongan dan pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan. Antaranya acara mendownload Dashboard Komuniti, Kuiz Kahoot dan Dashboard, pertandingan Fast Typing, cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

      

     

PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI DAN LITERASI ICT (Julai 2017)

Pada 23 Julai 2017 berlangsungnya program dashboard komuniti di PI Simpang Pelangai. Program tersebut telah melibatkan kepada semua golongan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk. 

     

  

 

PROGRAM BERSAMA PELAJAR PDK

Pada 11 April 2017 PI1M telah menganjurkan Program bersama Pelajar Pusat Dalam Komuniti (PDK). Pelajar tersebut tergolong daripada anak-anak OKU. Mereka didedahkan cara penggunaan Komputer. Mempelajari asas-asas komputer dan juga Pihak PI1M mengadakan pertandingan mewarna online bersama pelajar OKU.

    

 

 

KARNIVAL USAHAWAN & I HEALTH

Pada 23 Ogos 2015 pihak Pusat Internet 1 Malaysia Simpang Pelangai telah menjalankan satu aktiviti Karnival Usahawan i Health di Perkarangan Kompleks Pusat Internet 1 Malaysia Simpang Pelangai. Karnival ini dijalankan diatas kerjasama Mini RTC Kg Shafie. Pelbagai program menarik yang telah dijalankan antaranya ialah :

  • Pertandingan Mewarna kanak-kanak tabika KEMAS dan Pra Sekolah
  • Pertandingan Mewarna “online”
  • Pertandingan “Fast Typing”
  • Pertandingan “Explorace”
  • Derma Darah
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Car Boot Sale
  • Gubahan Tuala (terbuka kaum ibu)
  • Pertandingan bapa pakaikan napkin anak (kaum bapa)
  • Cabutan Bertuah