Berita Setempat

Maklumat Setempat | September 5, 2015

KARNIVAL MUAFAKAT PELADANG

Pertubuhan Peladang Kecil Simpang Pelangai menganjurkan karnival muafakat peladang. Pelbagai aktiviti menarik  yang dianjurkan seperti kursus penyembelihan.kursus penternakan, kursus makeup, pertandingan memasak tempoyak daun kayu, pertandingan gubahan bunga dari bahan terbuang, sukaneka dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

   

 

PROGRAM MINYAK PETROL PERCUMA

Pada 13 Januari 2018 berlangsungnya program minyak petrol percuma yang telah dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Bentong. Program tersebut telah berlangung dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan bola sepak, cabutan bertuah, ramah mesra bersama penduduk, agihan sumbangan kepada pesakit kronik dan warga miskin.

  

PROGRAM JOM NGETEH KOPERASI PEKEBUN KECIL

Koperasi pekebun kecil risda Simpang Pelangai telah menganjurkan program moh ngeteh kali kedua pada 28 disember 2017 di gerai kedai dalam. Program moh ngeteh telah diadakan secara santai dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk dan ahli-ahli koperasi.

     

PROGRAM MOH NGETEH KKLW ANJURAN RISDA SIMPANG PELANGAI

Pejabat Risda Simpang Pelangai telah menganjurkan program moh ngeteh pada 11 September 2017. Program tersebut telah diadakan di kedai Riss Delight Simpang Pelangai yang terletak berhampiran Dataran Simpang Pelangai. Pelbagai Juadah Sarapan pagi telah disediakan untuk para pengunjung yang hadir. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

    

 

HARI KOPERASI NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG

Pada 10 hingga 13 ogos telah berlangsungnya Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Pahang yang telah berlangsung di Dataran Simpang Pelangai. Pelbagai aktiviti dan program menarik yang telah diadakan oleh pihak SKM antaranya Persembahan Nasyid Inteam, berhibur dengan geng pagi Hot FM, Kuliah Dhuha Forum Perdana bersama Ustaz Ridhuan Tee,  Pertandingan Karaoke, Pertandingan Mewarna, Sukaneka, Pertandingan memasak, Gubahan kain batik, Senamaerobik, pameran jualan dan cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah “Grand Prize” iaitu sebuah kereta proton saga dan 4 buah motosikal. Hari koperasi tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan lebih kurang 5000 orang pengunjung yang hadir ke program tersebut. Tahniah dan syabas pada warga pelangai yang telah memberi kerjasama dalam program tersebut.

   

  

 

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MENTERI BESAR PAHANG & MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

YAB Dato’ Sri Diraja Hj Adnan Bin Hj Yaakob, menteri besar pahang dan Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia hadir ke majlis berbuka puasa bersama penduduk Kg Simpang Pelangai. Disamping itu beliau telah memberi sumbangan kepada Anak-anak Yatim, OKU, Ibu tunggal, dan asnaf yang memerlukan bantuan. penerima bantuan tersebut lebih kurang 1700 orang penerima.

     

KARNIVAL JELAJAH MAJU BENTONG

                                                 

Karnival tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan. karnival tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim diantara penduduk. Karnival ini diadakan di 40 lokasi di daerah bentong. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis dan disertai oleh dua orang artis iaitu Ropie maharaja lawak dan Yazid (sejati) penyanyi  dan & dee jay.

       

 

Kuliah Perdana oleh ustaz Syed Abd Kadir Aljofre di MSHAH Pelangai

Pada 30 Januari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Simpang Pelangai telah menganjurkan Kulian Perdana. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofre dan  telah mendapat sambutan oleh penduduk kampung.

                             

 

PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA MASJID SULTAN HAJI AHMAD SHAH SPG PELANGAI

Pada 12 Oktober berlangsungnya program mengacau bubur asyura di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Simpang Pelangai semperna sambutan hari maal Hijrah.

Program ini telah dianjurkan oleh ahlijawatankuasa masjid tersebut. Bubur asyura tersebut akan diagihkan di sekitar penduduk kampung Simpang Pelangai.

    

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT PI1M SIMPANG PELANGAI

Pada 11 Ogos 2016 pihak PI1M telah mengadakan majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat. Alhamdulillah smbutan yang memberangsangkan dari penduduk kampung. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada penduduk simpang pelangai kerana memberi sokongan dan berkerjasama sepanjang majlis dijalankan.

    

    

 

SAMBUTAN MALAM AMBANG KEMERDEKAAN MUKIM PELANGAI

Pada 30 Ogos 2015 Dataran Kg Simpang Pelangai telah dibanjiri ramai penduduk. Di Dataran tersebut telah berlangsungnya Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan Mukim Pelangai. Program ni telah berlangsung dari jam 3 ptg hingga 1 pagi dan telah dianjurkan oleh Persatuan Pelangai Suppoter.Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan, diantaranya ialah :

  • Sukaneka
  • Pertandingan Ratu Kebaya
  • Pertandingan pakaian beragam
  • Deklamasi sajak Kemerdekaan 
  • Live Band
  • Karaoke
  • Cabutan Bertuah
  • Pertunjukkan Bunga Api