Kesihatan
Penyakit Pneumokokal merupakan penyakit yang berpunca daripada bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan komplikasi seperti radang paru-paru (pneumonia), jangkitan telinga tengah, jangkitan saraf tunjang dan otak serta jangkitan kuman dalam darah (sepsis).
![]()
Pemberian imunisasi pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun yang berpunca daripada penyakit Pneumokokal. Hal ini seterusnya dapat mengurangkan kos bagi merawat penyakit ini termasuk komplikasinya.
![]()
Selain daripada mendapatkan suntikan vaksinasi, ibubapa dan orang awam perlu menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mencegah jangkitan pneumokokal.
