Kesihatan
Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim.
Pada peringkat awal kanser, ia berlaku di sekitar serviks iaitu bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Kemudian, pada peringkat lewat pula, kanser merebak ke tisu-tisu atau organ berhampiran seperti pundi kencing dan bahagian usus.
Pengesanan dan rawatan awal boleh dilakukan melalui ujian HPV dan pap smear. Ujian-ujian ini boleh dilakukan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan secara PERCUMA.
