Kesihatan
Setiap manusia mempunyai 23 pasangan kromosom yang menjadikan jumlah keseluruhan 46 kromosom. Individu dengan Sindrom Down mempunyai lebihan 1 kromosom pada pasangan kromosom ke-21 dan menjadikan jumlah keseluruhan 47 kromosom.
Kehadiran sebahagian atau kesemua lebihan kromosom tersebut menyebabkan terjadinya kesan pada pertumbuhan dan perkembangan otak serta fizikal individu dengan Sindrom Down seperti lewat perkembangan, kurang upaya intelek dan meningkatkan risiko kepada beberapa masalah kesihatan lain.
Dikongsikan definisi, ujian pengesanan yang boleh dilakukan semasa tempoh kehamilan serta ciri-ciri fizikal Sindrom Down.
Setiap kanak-kanak Sindrom Down perlu diperiksa oleh pakar kanak-kanak seawal kelahiran untuk penilaian dan pemantauan kesihatan.
Intervensi awal, terapi pemulihan dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari
