Maklumat Am

Maklumat Am | April 21, 2026

ANGGUN SURI TAHUN 2026 💍🌸

Impian majlis perkahwinan yang indah kini jadi kenyataan!

✨ Kerajaan Negeri Pahang menawarkan Program Anggun Suri Tahun 2026, yang membuka peluang kepada pasangan B40 di Negeri Pahang untuk melangsungkan perkahwinan secara beramai-ramai dengan pelbagai kemudahan disediakan.

💗 Antara faedah yang ditawarkan:

✔️ Dewan & majlis resepsi

✔️ Jamuan makan untuk 100 orang setiap pasangan

✔️ Pelamin & hiasan

✔️ Makan beradap pengantin

✔️ Majlis akad nikah

✔️ Goodies & persembahan tradisional

📍 Terhad 10 pasangan bagi setiap Parlimen

📌 Terbuka kepada warganegara Malaysia (perkahwinan kali pertama)

📌 Keutamaan kepada fakir miskin, asnaf & golongan kurang upaya

📝 Daftar sekarang melalui QR Code yang disediakan atau tekan link di bawah

⏳ Tempat adalah terhad!

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pembangunan Wanita Pahang di talian 09-5124039 / 09-5124043