Maklumat PI

Maklumat PI | January 22, 2022

Pusat Ekonomi Digital #KeluargaMalaysia (PEDi) telah dirasmikan pada 21 November 2021. Terdapat seramai 600 rakan digital PEDi untuk melatih usahawan kecil di PEDi seluruh negara. Pelbagai program keusahawanan digital dilaksanakan di PEDi bagi membimbing usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran lebih luas menerusi platform e-dagang.

Pembangunan keusahawanan menjadi salah satu fokus utama PEDi dalam usaha memperkasakan usahawan tempatan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya mampan. Pasaran yang luas mampu meningkatkan hasil jualan, sekali gus menjana pendapatan lebih lumayan. PEDi sebagai pusat yang bukan sahaja mampu menjana pekerjaan baharu malahan memacu pertumbuhan aktiviti e-dagang dan melatih masyarakat untuk celik digital.

Anda juga berpeluang untuk tingkatkan perniagaan anda, kunjungi PEDi di kawasan berdekatan anda.