mcmc
Maklumat Komuniti

Objektif Penubuhan Pusat Internet (PI)

Objektif Penubuhan Pusat Internet (PI)

  • memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan.
  • memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI.
  • merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat Kerajaan.
  • meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

Perkhidmatan di Pusat Internet  (PI)

PI menawarkan latihan ICT secara PERCUMA kepada semua pengunjung. Antara latihan/ kursus /bengkel yang disediakan:

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas Internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran & e-dagang).
  • Desktop Publishing (Microsoft Office).
  • Adobe Photoshop.   

Selain itu, PI juga menawarkan perkhidmatan lain seperti internet jalur lebar, printing, scaning, fotostat, laminate, binding, dan menyediakan zon internet tanpa wayar   (wifi zone). PI juga menganjurkan program ICT bersama komuniti untuk pelbagai lapisan masyarakat.