Pendidikan

Pendidikan | April 24, 2025

Tahniah dan syabas saya ucapkan buat semua anak-anak pelajar yang telah menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Keputusan yang diterima hari ini adalah bukti dan hasil usaha keras kegigihan anak-anak pelajar selama 5 tahun di sekolah menengah.

Tahniah dan syabas juga buat semua guru-guru dan ibubapa yang telah banyak berkorban dan menyumbang tenaga serta usaha bagi memastikan kejayaan para pelajar.

Apa jua keputusan yang diterima, semoga ia menjadi titik tolak buat anak-anak pelajar semua untuk terus mengorak langkah bagi menjadi insan berbakti kepada keluarga dan masyarakat serta berjaya di dunia dan akhirat. Insya-Allah