Pendidikan
APEL A: Peluang Melanjutkan Pengajian Berdasarkan Pengalaman Kerja
Siapa Yang Layak Memohon?
Kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda (APEL.A T-6)
Syarat:
• Terbuka kepada warganegara Malaysia.
• Berumur 21 tahun ke atas.
• Mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian.
Kemasukan ke Ijazah Sarjana (APEL.A T-7)
Syarat:
• Terbuka kepada warganegara Malaysia.
• Berumur 30 tahun ke atas.
• Mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian.
• Memiliki kelayakan STPM/Diploma atau setara dengannya.
Tempoh Proses Permohonan APEL.A
Proses permohonan lengkap biasanya mengambil masa sehingga 2 ke 3 bulan, melibatkan:
1. Semakan kelayakan awal.
2. Penilaian bertulis, portfolio pengalaman kerja, dan temubual (APEL.A T-7 sahaja).
3. Kelulusan oleh pihak institusi.
Kenapa Mohon APEL.A Sekarang?
Bagi yang berminat untuk mendaftar ke pengajian pada sesi ambilan Jun 2025, adalah penting untuk:
1. Memulakan permohonan APEL.A sekarang.
2. Melengkapkan semua penilaian sebelum tarikh akhir pendaftaran sesi pengajian.
Langkah-Langkah Permohonan:
1. Daftar di Portal MQA
• Layari: https://www2.mqa.gov.my/apel_a/
• Pilih UnIPSAS sebagai pusat penilaian APEL anda.
2. Daftar di Portal UnIPSAS
• Layari: https://portal.unipsas.edu.my/application.php…
• Lengkapkan permohonan dan muat naik salinan Kad Pengenalan (APEL.A T-6).
• Lengkapkan permohonan dan muat naik salinan Kad Pengenalan & Transkrip Diploma atau setara dengannya (APEL.A T-7).
3. Bayar Yuran Penilaian
• Bayaran fi perlu dijelaskan melalui portal UnIPSAS:
– APEL.A T-6: RM370.00
– APEL.A T-7: RM560.00
4. Ikuti Proses Penilaian
• Proses penilaian akan dilakukan dalam tempoh masa 2 hingga 3 bulan dan keputusan akan diumumkan.
Hubungi Kami untuk Maklumat Lanjut:
Laman web rasmi:
Hubungi:
• Puan Aswahida: 012-9018042
• Encik Haafiz: 014-6586378
“Membuka Pintu Ilmu, Merentasi Sempadan”
Jangan lepaskan peluang untuk merealisasikan impian pendidikan anda! Daftar sekarang dan bersedia menyertai ambilan Jun 2025!
